PROGRAM ADVOKASI PERKHIDMATAN TASKA & SAMBUTAN HARI TASKA SELANGOR
Kindershield diberi peluang sekali lagi oleh PTPJS untuk bersama-sama memeriahkan program kalini sekaligus memperkenalkan produk kami iaitu Kindershield PA,BIZ & PGTO

Acara ini telah dihadiri oleh lebih 400 pengusaha berdaftar tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkumpul untuk mendapatkan pendedahan serta ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan tadika dan pusat jagaan.
Siri ceramah yang penuh maklumat telah disampaikan oleh penceramah profesional, iaitu En. Rachmat, Pegawai Taska dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya; Dr. Nursuahda, Pakar Kesihatan Awam Daerah Petaling; Pn. Hjh Mahanom, Presiden PTPJS; dan En. Shukri, Pengarah Akademi Kenegaraan Selangor. Majlis ini juga dirasmikan oleh Pn Anfaal dan Tuan Haji Azmir sebagai YB Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Selangor serta Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Kindershield berpeluang mempromosikan ketiga-tiga produk kami iaitu Kindershield PA , Kindershield BIZ dan Kindershield PGTO.
Kindershield:
- PA-Perlindungan Kemalangan Diri (PA) untuk pelajar & guru
- BIZ-Pampasan bagi penutupan operasi disebabkan HFMD & Influenza
- PGTO-Perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pertikaian atau saman
Selain itu , satu lagi pencapaian penting adalah kejayaan memperkenalkan laman web baharu kami kepada semua pengunjung. Laman web ini direka khusus bagi memudahkan pengusaha tadika dan taska memahami latar belakang serta penawaran syarikat kami. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai alat berguna untuk dikongsi bersama ibu bapa, bagi meyakinkan mereka bahawa organisasi kami amat komited terhadap keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. Inisiatif digital ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh komunikasi dan memudahkan capaian kepada para pelanggan.








